Masih disini

July 30th, 2008 by golden3744

Assalamualaikum…..

lamanya tak menulis….

seiring dengan title diatas, diri ini masih lagi disini…

cuba mencari sesuatu yang perlu untuk dijadikan tukul memecahkan tembok kebuntuan… terlalu banyak permasalahan yang perlu diselesaikan… satu persatu terus datang menerjah… diri ini hanya mampu menyerahkan segalanya pada Allah agar permudahkan segala urusan yang difikirkan… jauh didalam lubuk hati ini mengharapkan keredhaan dari Allah dalam setiap perkara yang dilakukan…

bila semakin banyak musibah yang melanda, semakin diri ini dekat mengingati Allah… adakah patut hanya mengingati allah dikala kita susah… adakah patut sebagai manusia bila kita dilanda musibah barulah diri sibuk2 mengharapkan belas dan kasihan dari allah… wajarkan hanya bila diri ditimpa kemalangan atau jatuh luka dan berdarah dan airmata kita bercucuran akibat kesakitan dan ketakutan barulah kita betul2 mengingati allah…

mmmmm… bukan untuk merejuk kepada sesiapa pun disini… cuma merefleks pada diri sendiri yang selalu melupakan allah… Ya allah… bantulah diriku ini untuk selalu mengingati mu… diriku ini hambamu yang lemah… ya Allah… permudahkan lah urusanku… berilah kekuatan dalam menempuh ranjau kehidupan ini… mana mungkin diri ini meneruskan apa2 sahaja tanpa bantuan darimu ya allah…

tak daya diri ini untuk meneruskan kata2 disini… terasa kerdilnya diri ini…. semoga segalanya bertambah baik…. yang pergi tetapkan pergi… yang baru datang sebagai penggati… bibit2 memori menjadi kenangan yang terindah dan dijadikan panduan menghiasi ranjau kehidupan…

moga kita kembali ke haluan yang sebenar2nya…

Qalaatul zikrayat… 12.24am… 31 july 2008

Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim

May 24th, 2008 by golden3744

haihhhhhh……………….

satu keluhan yan panjang buat diri ini…

apa tidaknya… baru je sebentar tadi balik kerja kira2 jam 1.45 pagi… bukak2 jer komputer diri ini pun mengonlinekan lah diri.. kiranya ada beberapa offline mesej la macam biasa… tapi yang satu nie kiranya tersangat2lah buat bibir ini memuncung panjang…

apappun langkah yang diambil pertama2 sekali ilah pie solat isyak dulu sebab tak solat lagi… so setelah selesai solat dan urusan2 lain diri ini pun merebahkan badan dan mulalah meringankan jari jemari ini untuk menaip…

ada rasa macam terpaksa jugak tapi nak buat macam mana kan… diri ini cubalah mengikhlaskan diri seboleh mungkin agar diri ini dapat menulis sesuatu yang benar2 dari dalam diri dan bukannya sekadar untuk melepaskan batuk ditangga…

lapar pulak rasanya… tapi tak nak la makan sebelum tido… nak siapkan entri yang satu nie dan tidor sebab seawal jam 5 pagi esok diri ini akan bangun untuk sujud dan bersyukur kepada allah kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup dan beribadah diatas muka bumi ini….

emmmm… rasanya diri ini bukannya blogger dan rasa2nya walaupun friendster nie ada blog, tapi diri ini tak rasa yang blog friendster nie diiktiraf sebagai salah satu daripada banyak2 blog site yang rasmi…

tapi apapun terimalah dari diri ini…. (jangan marah dan ikhlaskan diri dan hati pada sesiapa yang akan memuncunkan bibir selepas diri ini…ops… ia datang dari sini… http://s2138-fias.blogspot.com/ klik bila dah abis baca entri nie…)

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

berapa lama diri ini pun tak pasti secara detailnya…. usrah yang dimaksudkan disini yang difahami oleh diri ini ialah bila satu kumpulan manusia yang hatinya bertaut antara satu sama lain yang mana ia berjumpa untuk membicarakan tentang kebesaran allah dan kiranya merekan berpisah selepas berjumpa juga kerana allah dan mereka2 ini hatinya sentiasalah benar2 ikhlas dalam tautan dan segala bentuk amalan yang dilakukan… (usrah adalah perkataan arab yang membawa maksud keluarga)

kiranya untuk menjawab soalan ini diri ini kenal usrah di Adelaide pada tahun 2007… (terima kasih semua…)

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

mmmm…. bagaimana ya….

ok la… macam nie.. diri ini sentiasa mencari2 jalan untuk lebih dekat dirinya dengan islam… kiranya bila kaki ini melangkah dibumi adelaide ini diri ini mengenali insan2 yang mana mereka ikhlas dalam amalannya dan juga ikhlas dalam membantu sesama saudara2 lain… diri ini dikenalkan usrah oleh beberapa orang insan yang mana mereka2 ini sentiasa mengharapkan keredhaan allah… diri ini tertarik dan seikhlas hatinya turut samalah menyertainya yang pada mulanya sekadar untuk mendapatkan kawan2 serta mengisi masa lapang dan lama kelamaan merasakan ini adalah suatu tanggungjawab keatas diri ini tanpa ada paksaan… (sekali lagi terima kasih semua..)

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

mmmm… macam dah terjawab jer tadi… tapi tak apa… seperti yang dinyatakan tadi adalah antara sebab2 menyertai usrah… adapun diri ini rasanya mampu menulis puluhan sebab… akan tetapi apa ada pada berapa banya sebabnya jika tidak ada maknanya umpama ramainya umat islam hari ini umpama buih2 dilautan tetapi tiada nilainya…

kenapa diri ini menyertai usrah adalah untuk mengisi jiwa ini yang sentiasa memerlukan sesuatu untuk diisi untuk menjadikannya subur… errr… macam budak sastera pulak… :-p hehehee… yang jelas diri ini dahagakan ilmu dan justeru itu ini adalah jalannya….

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
pertama - nie kira yang mula2lah kan… mmmm… jap… lapo… makan roti sat… :-p…. alhamdulillah… lapo sangat tapi… apa taknya makan pizza jer… perut melayu lah katakan… nak cari nasi jugak… tapi yang ada roti ngan spageti jer kat dapor… roti pun rotilah… errr… sori2… lari dari konteks pulak nie… (soalan yb… soalan… ;-P)

pertama - gembira sebab suka melihat ada anak2 muda yang bersemangat untuk bersama2 mencari sinar dalam kehidupan…

kedua - rasa rendah diri bila melihat yang diri ini teramatlah kurangnya ilmu dalam agama ini… kalau difikirkan ramai aja kita termasuk diri ini berbangga bila menyatakan diri ini islam tetapi sejauh manakan kita semua faham mengenai islam…

ketiga - rasa bertanggungjawab… yang nie mungkin pelik sikit tapi itulah yang diri ini rasakan… terpikul dibahu ini untuk menggalas tanggungjawab untuk meneruskan usaha yang murni ini dalam mengharap keredhaan allah…

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
aiyok… apa yer… hahahaaa…

pertama - dapat rakan2 yang ingin bersama2 berjuang menanggung risalah ini… (rakan gembira senang dicari tapi rakan berduka bukannya mudah… tapi dalam usrah nie kita sentiasa bersama…)

kedua - dapat mengenal diri ini dengan lebih dekat lagi… (bukan selama ini tak kenal diri tetapi dalam konteks nie diri ini melihat matalamat diri untuk keadaan yang lebih baik…)

ketiga - mendalami ilmu dengan lebih sempurna adanya… (bukan sekadar ilmu agama sahaja tapi semuanya…)

keempat - berbincang2 tentang kebesaran allah..(kalau lepak2 kedai kopi mana ada pernah bincang pun tentang kebesaran allah nie…)

kelima - menyampaikan apa yang diterima… (hehehee… sifat orang melayu nie kedekut ilmu… kalau kita lihat oz nie dia kalau terangkan sesuatu dia akan terangkan dengan bersungguh2… so bila tak jadi melayu sangat dan lebih mendekati islam, diri ini semestinya akan buat lebih dari apa yang si oz tadi tu buat… insyaallah…)

errrr… banyak ada benda yang boleh kita dapat… macam2 ada… tapi kat sini diri ini sekadar menulis apa yang diminta dan ini dipilih berdasarkan apa yang terlintas dan dirasakan itulah tempatnya…

sekian…. silalah baca selanjutnya yer… taadaaaaa….

Peraturan Tag:
  1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
  2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
  5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Dengan ini, diri ini mengetag:

http://sautuna.blogspot.com/

http://shah2873.wordpress.com/

http://kuekeoat.blogspot.com/

http://makantido.blogspot.com/

http://mosmaz.multiply.com/

rajin2lah yer tulis buat sesape yang kena tag nie…huhuhuuuu jangan muncung panjang2 yer… selamat exam buat semua… (sebulan jer lagi… ;-p)

sesaje

April 30th, 2008 by golden3744

Assalamualaikum…

hehehee…

kali nie diri ini agak tertekan dengan final project yang dah 3 hari tak dapat buat sebab tak tau nak mula ikut mana. so dalam mencari2 bahan2 dalam tension2 tetiba dari link2 yang ada terkeluar la cerita2 lawak yang dapat melonggarkan sikit2 urat2 dan saraf2 serta neuron2 dalam otak yang semakin beku dengan cuaca sejuk.

sebagai seorang yang suka berfikir dan suka berjenaka dalam senyap2 walaupun diri ini agak pendiam, tapi kali ini diri ini paste kan lawak2 yang agak menarik…

jom baca sambil berfikir2.. yang elok (kalau ada) sama2 kita ikutkan… yang tak elok kita sempadankan dari diri kita… selamat berhujan air batu dan menolak kereta (kalau ada lagi0 buat semua…

Kisah Parachute

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh… aku President USA! George W. Bush. Aku ada tanggungjaw ab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula,akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President SENGAL terpandai dalam sejarah USA tu terambil beg sekolah saya".

TAKUT BINI

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

Kisah Polis dan Penjual Roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,

"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu … Adaaaaaa rotii coklaaaattt …!"

Al kisah

Alkisah…..di suatu petang….

Ali bengang gilerrr bila dia dapati cucur udang yg dibeli tiada seekor udang pun kat dlmnyer…lalu dia pun pi balik kat gerai makcik yang menjual kuih tuhh ngan panas hati dan bertanyekan kat makcik yg menjual disitu….."makcik pasal cucur udang ni sekor udang pun takdak??"

Makcik yg menjual tu pun dgn selambe ayun nyer menjawab "abih tu yg hang pi beli cuchoq badak ada tak badak kat dalamnya?? Cam ne plak ngan Chucoq Kodok, Ada tak kodok yg melompat ataiihh Hang??

Ali raser macam nak bunuh diri dengan jawapan yg diberi makcik
tadi…….

Brake Bas

Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2…

Jarak diantara rumahnya dgn bus stand memakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yg turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan…

Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yg turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dgn nada yg marah.. “Siapa yg suka2 tekan loceng bas nie..hah!!!”

Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yg melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti kenapa pakcik tak turun??

Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sebab bila saya tekan jer loceng..bas mesti berhenti..!! !
(huhuhuu… yang nie betulnya secara tak langsung terlibat dalam thesis yang diri ini tengah dok buat… dok cari bahan untuk thesis berkenaan brake untuk Trev… last2 keluar benda nie.. adoila… :-p)

moral: kalau nak cari bahan untuk buat thesis dalam bahasa inggeris jangan gunakan search engine berbahasa melayu… kalau tidak inilah akibatnya…

semakin dekat ajalku…

April 3rd, 2008 by golden3744

Bismillah…

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

assalamualaikum…

kini genaplah umur ini menjadi 28 tahun pada tanggal hari ini iaitu 4 April 2008. semakin difikir semakin terasa diri ini semakin pendik umurnya. sesungguhnya ajal tidak menunggu diri ini walau sesaat pun bila sampai masanya…

pelbagai persoalan terus menjadi tanda tanya dan persoalan dari berbagai2 sudut. setiap orang pastinya mahu jawapan dari diri ini tapi sesungguhnya diri ini tidaklah berdaya untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada diri ini. tetapi disini cuba dititipkan serba sedikit perjalanan diri ini untuk menjawab sebahagian persoalan yang perlukan jawapan.

semua pasti sedia maklum yang diri ini masih belajar lagi. untuk ini diri ini meminta agar sesiapa sahaja mendoakan agar diri ini berjaya menamatkan pengajiannya. bila habis? seperti yang dirancang, insyaallah pertengahan tahun hadapan. sekarang diri ini sedang berdepan dengan final project yang agak mencabar. agak sukar menulis bila kita tak tahu sejauh mana penulisan kita mampu menarik perhatian para pemeriksa dan pensyarah yang akan menilai kita nanti…( macam mana pulak kalau berdepan dengan allah nanti..)

apa rancangan selepas habis belajar? menarik bukan tapi jawapannya pastinya bekerja. buat masa nie ada perancangan untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi banyak perkara perlu diuruskan.

bekerja dimana? macam mana kalau di australia sahaja atau lebih tepat south australia. kenapa? untuk mencari lebih pengalaman dan belajar bagaimana untuk lebih disiplin dengan prinsip seorang jurutera… (tak de rasuah yer disini… duit kopi pun tak ada)

apa lagi yer… mmm… haji… insyaallah… salah satu dari rukun yang perlu bagi umat islam. diri ini merindui tanah suci itu. sesungguhnya hati ini meronta2 untuk pergi kesana. kalau diizinkan allah ingin sahaja pergi kesana dalam musim haji yang terdekat ini. semoga allah permudahkan permintaan yang ini…

mmmm.. buat blog yang proper? masalahnya disini diri ini tak pandai menulis. takut unutk menulis dan meluahkan pendapat yang agak nanti menjadi salah faham sesiapa sahaja. jadi buat masa ini diri ini akan kata no. tunggulah bila sampai masanya.

bila nak balik malaysia? ikut perancangan nak balik time cuti hujung tahun nanti. so tak balik la time raya puasa macam tahun lepas. suprise nie bila kita buat sekali je. tapi bila kita buat banyak2 kali dah tak jadi suprise kan. so biar la sekali tu untuk semasa belajar disini.

apa?

tak dengar.

yer.

apa pulak.

eh, memandai ajer…

tak de2

bukan nak mengelak la.

tak de soalan lain ke.

ish3..

ye la2

kawin… puas hati?

tak ada soalan lain ke? nie la soalan yang paling tak mampu nak jawab. so sebagai memenuhi permintaan disini diri ini menjawab untuk memuaskan hati semua. jawapannya…..

jeng… jeng… jeng…

tara…

mmmm…

apa tengok2…

aaaa…

jodoh allah tentukan. sudah tentu jawapan diri ini bila sampai jodohnya makan akan terjalinlah ikatan itu. dengan siapa? itupun diri ini tak mampu untuk menjawabnya. biarlah segalanya seperti yang biasa2 sahaja. diri ini masih memerlukan masa untuk mendalami erti hidup berumah tangga dan juga perlu untuk memikirkan tanggungjawab yang perlu dilakukan. komen la apapun. diri ini sedia menerimanya.

cukuplah sampai disini sahaja. untuk melihat kembali tajuk diatas sudah pasti semua tahu yang diri kita ini semakin menghampiri ajalnya. maka marilah kita bersama2 mencari keredhaan allah dalam beramal.

untuk entri sebelum ini silalah klik disini http://saifulislam.com/?page_id=734 untuk melihat dengan matahati yang lebih terbuka. mari kita sama2 fikir2kan.

wassalam….

"segalanya milik Allah…"

fitna yang mencalar perasaan…

April 1st, 2008 by golden3744

hati ini bagaikan dicarik2 bila tatkala melihat video fitna yang dipaparkan di laman web you tube…

kemarahan di dalam jiwa tidak dapat diluahkan. tak dapat digambarkan dihati apa perasaan dikala itu bila melihat penghinaan ke atas rasulullah dengan karikatur yang dipamerkan dan juga penafsiran ayat2 dari al-quran yang di buat secara sesuka hati dengan hanya mengambil keratan2nya…

menggigil dan menitis air mata dengan fitna yang sesungguhnya fitnah yang cisebarkan dari video youtube itu. memang tak dapat digambarkan perasaan dikala itu. marah, geram, sedih, dukacita, dan bermacam2 lagi perasaan bercampur baur tatkala itu. apa tidaknya bila melihat sesuatu yang tak mungkin boleh diterima oleh diri ini dengan cara apapun.

difowardkan video ini kepada beberapa teman setelah diri ini selesai melihat video tersebut.ada yang tak sanggup untuk melihatnya, ada yang sekadar melihat separuh jalan, dan tak kurang juga yang marah bila melihat video tersebut. sesiapapun yang masih mempunya iman dalam hati pasti akan tercalar hatinya bila dikelar2 dengan fitnah2 yang dilemparkan oleh video tersebut..

malam itu diri ini terus melihat komen2 dan juga video2 yang menyatakan komentar dan luahan perasaan terhadap video tersebut. baru sebentar tadi diri ini membaca satu tulisan baru oleh seorang sahabat disini yang agak bernas untuk kita sama2 renungkan dan juga sama2 kita ambil kebaikan darinya… http://www.fussilat.blogspot.com/ -klik disini untuk melihat tulisan beliau.

dari satu sudut kalau direnungkan sebenarnya dimana kita dikala ini. yang hendak disampaikan disini bukanlah suatu fatwa atau petikan dari hadis dan bukan juga dari al-quran sebab diri ini bukannya seorang yag hebatuntuk membahaskan dari sudut2 tersebut, tetapi ini hanyalah sekadar dari pendapat peribadi diri ini.

hari ini kita semakin leka dan semakain dilalikan dengan kehidupan dunia. contohnya di negara kita sendiri, semakin menjadi2 hiburan yang pada pandangan mata ini menjadi terlalu melampau umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan… anak2 muda kita semakin menggilai untuk menjadi artis lebih daripada menjadi orang yang berilmu dalam bidang2 pengajian. mereka mengejar2 dimana2 sahaja yang ada ujibakat untuk menjadi artis. ada yang sanggup menangis untuk menunjukkan betapa kecewanya bila tidak terpilih untuk menjadi artis. apa pulak reaksi orang yang melihatnya, semakin pelik bukan bila kita melihat ada orang yang memerlukan berkotak2 tisu hanya untuk melihat sandiwara yang dilakonkan.

pelik bukan. tapi pernahkah kita bertanya kepada diri semurah itukan airmata kita. layakkah airmata itu mengalir atas perkara2 yang menjurus kepada kerosakan akhlak dan maksiat itu. pernahkan kita bertanya kembali pada diri kita ini berapa kalikah kita menangis dimalam hari ketika bersujud mengharap keredhaan dan keampunan dari allah. berapa kali kita menangis bila melihat saudara2 kita dipalestin sana yang berjuang mempertahankan agama allah dimuka bumi ini. berapa kali pulak kita menangis bila memikirkan yang kehidupan kita atas dunia ini hanya seketika umpama satu titik diatas benang yang panjang yang sebenarnya tak dapat dilihat oleh mata kasar.

maaf sekiranya apa yang diperkatakan disini agak keras bunyinya. tapi diri ini berkata2 atas realiti kehidupan dan bukannya omong2an kosong. sesungguhnya diri ini lebih lagi dipersoalkan dengan kata2 yang dilemparkan sebab diri ini sendiri jauh dari realiti sebenarnya…

"ya allah, diri ini sesunggunhnya tidaklah mempunyai daya melainkan engkaulah yang memberi petunjuk kepadanya. oleh itu berikanlah petunjuk kepada diriku ini ya allah. limpahkan hidayah dan rahmatmu buat diri ini ya allah. diri ini sentiasa lalai dalam menunaikan perintahmu ya allah, maka kuatkanlah diri ini untuk selalu mengingatimu dan melakukan suruhanmu ya allah. sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang."

maaf sekali lagi kerana kekurangan diri ini. sesungguhnya diri ini lebih layak ditegur oleh kerana kekurangannya. sama2lah kita berusaha kerah mencari keredhaan allah.

wassalam…

"segalanya milik allah"

Mukmin sejati

March 20th, 2008 by golden3744

Mukmin Sejati Bercirikan Sifat Orang Beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya :

Ciri Pertama

Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan  diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan  keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi  sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:

"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."

(Surah An Nahli: 97)

Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.

Ciri Kedua

Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda

"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."

Ciri ketiga

Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.

"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan."

(Al Fatihah: 5)

Ciri Keempat

Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."

(Yusuf: 87)

Ciri Kelima

Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.

Berkata ulama sufi:

"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."

Firman Allah:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."

(Al Baqarah: 216)

Dipetik dari… http://sv2500.kdrmklia.gov.my/Nurani/Tazkirah/TazkirahUtama.htm

“segalanya milik allah….”

Atas permintaan….

February 24th, 2008 by golden3744
Pohon Hijau
Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

……………………………………………………….
lama rasanya tak menulis sesuatu sampailah ditegur seorang teman untuk menulis sesuatu…
tapi diri ini bukan pandai pun dalam penulisan, tapi atas permintaan seorang teman maka muncullah entri buat kali ini…
mari kita sama2 duduk sejenak dan berfikir bersama… betapa indahnya alam ciptaan allah nie… ciptaannya yang maha hebat yang hati ini amat mengkagumi dan sentiasa memuji akan panorama ciptaan yang maha esa… semakin difikirkan semakin kerdil rasa diri ini untuk memperkatakan tentang kebesaran allah… terasa amatlah jahil diri ini dengan ilmu2 yang ada untuk membentuk individu muslim yang sempurna…
diri ini sering saja mengingatkan bahawa allah itu maha pengampun lagi maha penyayang… dialah yang memberipetunjukdan hidayah pada diri ini.. doa diri ini supaya lebih tabah menghadapi liku2 hidup…
Insyaallah tinggal seminggu lagi semester baru akan bermula… sekarang nie semakin sibuk dengan pelbaai urusan… buat adik2 yang baru samapai ke negeri tempat lahirnya kangaroo nie., harapan diri ini semoga semua menjadi pohon2 hijau yang melambai2 beralun dan mengukir kehijauan… seronok rasanya bila dapat membantu adik2 yang baru sampai ke adelaide nie… terimbau kembali kenangan waktu mula2 sampai disini… kini resmi itu diteruskan untuk membina ikatan ukhwah yang mantap… melihat adik2 yang baru sampai sibuk mengambil gambar, diri ini pun tak kurang loratnya nak menyempil bergambar bersama.. seronok bila melihat pose2 yang ala2 hero2 belaka… hati ini seronok melihat senyuman yang terukir di bibir adik2 yang baru sampai… segala penat dan lelah seakan hilang bila melihat kegembiraan mereka…
mmm… maaf sebab diri ini seperti yang dimaklumkan sebelum nie memang tak pandai menulis nie… tapi teringin untuk meluahkan isi hati sikit2… nak2 bila rindu dekat semua terutama keluarga.. semoga semua insan yang dirindui berada dalam keadaan yang sihat dan berada dalam hidayah allah…
sampai disini buat kali ini… sebab esok masih perlu untuk bekerja dan meneruskan urusan2 lain seawal 5 pagi… moga diberikan kekuatan dan ketabahan hati untuk lebih mengenali hakikat kehidupan sebenar….
Assalamualaikum…..

sekadar ringkasan…

December 21st, 2007 by golden3744

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAHI HAMD…

Bismillahhirrahmanirrahim….

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang….

bersyukur rasanya diri ini kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk lebih banyak belajar dan mengenali nikmat islam dalam kehidupan…

sudah lama rasanya diri ini tidak menulis di ruangan ini… hati ini selalu aja meronta2 untuk meluahkan apa yang bersarang didalamnya, tapi diri ini tidaklah sebegitu bagus dalam penulisan… diri ini seperti mahu sahaja untuk melahirkan pendapat, meluahkan rasa dan juga membicarakan tentang sesuatu dalam suatu masa yang tertentu, tetapi diri ini terasa tidak mampu melafazkan apa yang tersimpan…

bila menyatakan lafaz yang tersimpan teringat pula kepada lagu yang amat diminati sehingga kini… dan ketika ini juga sedang mendengar lagu tersebut… huhuhuhuuuu…. rindunya diri ini kepada keluarga… tapi itu la adat hidup diperantauan… sekali sekala hati ini akan terusik bila ada sesuatu perkara besar dan tak dapat duduk bersama keluarga…

terlalu banyak rasanya untuk dilafazkan tetapi terlalu kurang pulak rasanya diri ini untuk mengisi di ruangan ini kali ini… tak pasti apa yang ingin diperkatakan disini kerana hati ini seringkali sahaja berbolak balik dan amatlah tidak tetap…

tak larat pulak rasanya nak menulis bila hati ini terlalu teringat pada keluarga di tanah air… sentiasa aje ada benda yang terlintas dikepala… semakin rindu pulak hati ini bila memikirkan semua itu…

rasanya lebih baik berhenti disini dengan entri yang cukup pendik…

oh ya.. untuk makluman sekarang nie cuti summer selama 3 bulan.. jadi cuti nie digunakan untuk bekerja, menimba ilmu, beriadah, dan juga beberapa lagi perkara lain yang amat berguna untuk dilaksanakn semasa cuti ini…

harapan diri ini semoga lebih banyak perkara manfaat dapat diperolehi semasa cuti ini supaya izzah diri ini lebih sempurna…

buat semua, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha… sama2 lah kita merenung kambali pengertian korban yang sebenarnya dan mengambil iktibar darinya… semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari allah dan sentiasa berada dalam lindungannya…

Insyaallah….

Di Bulan Ramadhan & Negaraku semakin bahaya.

September 20th, 2007 by golden3744

Berita di bawah amat kurang menyenangkan terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Syaitan dibelenggu, neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Ia menggambarkan bahayanya kesan kegagalan membentuk sifat agama dalam diri seorang manusia.

Pembentukan jatidiri agama dalam diri seseorang adalah cabaran terbesar buat sesiapa sahaja yang digelar pemimpin, samada pemimpin diri, keluarga ataupun negara. Jadikan Ramadhan ini sebagai kuasa luar biasa untuk memulakan atau memantapkannya lagi. 

Kejayaan Palsu

Kejayaan membina kekayaan dan material dengan kegagalan pembinaan diri beragama tidaklah merupakan satu kejayaan dari pandangan Allah s.w.t. Kerana itulah Allah s.w.t mengarahkan Nabi Musa dan Harun a.s untuk bertemu Firaun

ثُمَّ بَعَثْنَا مِن بَعْدِهِم مُّوسَى وَهَارُونَ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

Ertinya : Kemudian sesudah rasul-rasul itu, Kami utus Musa dan Harun kepada firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, dengan (membawa) tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) Kami, maka mereka menyombongkan diri dan mereka adalah orang-orang yang berdosa. ( Yunus : 75 )

Dan juga ayat berikut menunjukkan bahawa kejayaan Firaun membina empayar dan tamadun yang tidak didasari oleh pembinaan jiwa dan ruh rakyat adalah GAGAL!, sebagaimana arahan Allah s.w.t ini menunjukkan kejayaan yang gersang dari keimanan kepada Allah adalah ‘taghut’ atau melampaui batas :-

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

Ertinya : "Pergilah kamu berdua ( Musa & harun a.s)  kepada firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;" ( Toha : 43 )

Kejayaan material di dunia sememangnya bersifat enak dan hebat, ia memang itu acuannya, iaitu untuk ujian dan menipu manusia yang tiada benteng iman dan ilmu. Allah s.w.t telah lama mengingatkan kita perihal kejayaan dunia (yang kering dari nilai akhirat) yang memang sifatnya mudah menipu ini di dalam firmannya :-

الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا 

Ertinya : orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.. ( Al-A’raf :  51)

Kesan buruk dari kegagalan ini akan terzahir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bermula dari kehancuran rumah tangga, baru-baru ini saya berforum bersama Ketua Pendaftar Kehakiman Syariah Selangor, sebelum forum saya sempat bertanya kepadanya berkenaan statistik penceraian di Selangor, lalu dijawabnya statistik semakin meningkat tahun demi tahun. Kehancuran ini seterusnya akan diikuti dengan kesan susulan iaitu kelahiran makhluk perosak dari sebuah rumah, dua rumah, tiga, empat, dua ratus dan seterusnya.

Lahirnya Seorang Mahkluk Perosak

Kegagalan rumah tangga akan melahirkan kanak-kanak dan individu yang sakit jiwa dan ruh, sehingga menjadi makhluk perosak di dalam rumah, di sekolah dan di luar rumah.

Jika ia seorang lelaki, ia mungkin akan berfungsi sebagai makhluk perosak dalam rumah seperti merogol adik, kakak atau pelopori sumbang mahram, derhakai ibu bapa. Perosak di sekolah sebagai perogol rakan sekolah, cikgu wanita, berzina, membuli, gangster, terlibat ajaran sesat dan karut seperti black metal dan mungkin merosakkan kereta guru, cederakan guru dan lain-lain.

Perosak di luar rumah dan sekolah adalah sebagai penagih dadah, merompak dan akhirnya boleh menjadi mahkluk perosak keamanan manusia lain seperti apa yang berlaku kepada kanak-kanak perempuan dalam berita di bawah.

Jika ia seorang wanita pula, ia berfungsi sebagai alat kepada syaitan setiap hari. Tujuannya adalah untuk merosakkan iman setiap hati dan mata orang beriman. Akhirnya bolehlah si lelaki lemah iman serta gagal menahan nafsunya tadi bertindak ganas untuk menculik, merogol, membunuh, mencari kekayaan untuk membeli kasih palsu sang wanita hiasan dan lain-lain. Maka rosaklah rumah tangga yang sudah retak ..hancur sehancur-hancurnya.

Sebagaimana disebutkan oleh Nabi s.a.w :-

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من ربها إذا هي في قعر بيتها

Ertinya : "Wanita itu adalah aurat (seluruh tubuhnya kecuali tangan dan wajah menurut jumhur ulama), dan apabila ia keluar dari rumah, maka Syaitan akan menghiaskannya (sehingga mampu menarik padnangan lelaki), dan paling hampir wanita dengan tuhannya adalah apabila ia berada di rumah" (Riwayat at-tirmidzi, no 1173, 3/476 ; Ibn Hibban, 12/413 ; Imam Tirmizi berkata : Hasan Gharib ; Syuaib Arnout : Sanadnya sohih ; Albani : Sohih )

Imam Al Hafiz Muhammad Al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa wanita dihiasi Syaitan adalah apabila ia keluar dengan perhiasan ditayangkan (termasuk auratnya) yang sengaja untuk menarik perhatian lelaki kepadanya. (Tuhfatul ahwazi , 4/283)

Tindakan Kita

Keluhan tanpa usaha dan kembali kepada silibus kehidupan yang tiada keraguan padanya iaitu al-quran dan al-hadis pastinya tidak mampu menghasilkan ketenangan yang diidamkan oleh semua. Tiada tudingan jari diperlukan di sini, semua perlu dimulakan dari diri sendiri. Dan wajib disampaikan dengan serius dan usaha gigih keluar sempadan rumah kita kepada rakan, jiran dan orang ramai. Kembalikan mereka kepada Islam…

Allah melihat usaha bersungguh kita semua dan bukan hasilnya. Allah menyebut :-

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Ertinya : "dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" ( An-Najm : 39 )

Peluang di Ramadhan

Di bulan yang Ramadhan ini, peluang untuk memantapkan dan menebalkan saiz iman dan amal kita terbentang luas. Jangan sombong diketika kita senang dan janganlah ditunggu musibah menimpa untuk dijadikan ‘bateri’ dan momentum kepada melakukan amal soleh. Kembalilah saudara dan saudariku. Moga kita semua berjaya.

Allah mengeji orang yang hanya kembali dan mengangkat tangan berdoa tatkala ditimpa kesusahan dan ketakutan, kerana orang begini biasanya akan kembali melupakan Allah di waktu senang dan sihat mereka, Allah s.w.t menyebut :-

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Ertinya : Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya  itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. ( Yunus : 12 )

Kita Bimbang

Saya faham, kita semua merasa bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarga kita sekarang ini. Hinggakan hasrat untuk membawa anak perempuan ke masjid untuk berterawih juga boleh menjadi ancaman kepada anak. Mana tidaknya, di bulan mulia ini, masjid kelihatan penuh dengan pelbagai jenis manusia. termasuk yang bukan mencari Allah s.w.t, tetapi mencari ‘kasut baru’ (untuk dicuri) atau mangsa.

Sesungguhnya tanpa disedari, ia mungkin adalah hasil tangan kita semua juga dek kerana terlalu leka mencari harta dunia, hingga dilalaikan pembinaan jiwa anak dan kelaurga. Segeralah nasihatkan diri, seluruh keluarga dan rakan taulan kita agar tidak menjadi penyumbang lagi kepada kezaliman. Hanya dengan ilmu dan amal mampu menyelamatkan, dan Allah pasti membalas kezaliman dengan kesan yang buruk secara merata tanpa mengira lagi kamu terlibat atau tidak.

Ingatan Allah :-

فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ هَؤُلَاء سَيُصِيبُهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَمَا هُم بِمُعْجِزِينَ

Ertinya : Maka mereka ditimpa akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri ( Az-Zumar : 51 )

Berdoa dan berusahalah kita, bersama-sama.. 

dipetik dari; www.zaharuddin.net

sama2lah kita renungkan….

Sedikit renungan buat tatapan bersama.

August 16th, 2007 by golden3744

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang". tiada sempurna suatu bicara kalau tidak kita mulakan dengan mengingati Allah dan rasulnya. Maha suci Allah yang telah menciptakan kita dengan sempurna layaknya dan telah diutuskan kepada kita seorang rasul yang menjadi petunjuk dalam kehidupan kita.

Sesungguhnya mati itu hampir dengan kita. Semalam 15/8/2007 dalam lebih kurang jam 11.00 malam (waktu adelaide) suatu berita yang agak memeranjatkan diterima dari Malaysia. Jiran sebelah rumah yang lebih dikenala sebagai Haji Chahat telah kembali kerahmatullah. termenung sejenak memirkan sesungguhnya benarlah janji Allah itu. "Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati jua." Selalu kita mengucapkan ungkapan itu tapi sejauh manakah kita mendalaminya.

Di dalam surah Al-Jumu’ah: 8, Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Katakanlah ,"Sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.""

Sekali lagi sesungguhnya benarlah janji Allah itu. Marilah kita bersama2 saling berusaha kearah kebaikan tak kira apapun yang sedang kita lakukan.

Sebagai seorang pelajar sentiasa diri ini berusaha mencari keredhaan Allah dalam perjuangan menuntut ilmu. Semoga ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Sesungguhnya ilmu Allah itu teramatlah luas. Diri ini akan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.

Kepada yang bekerja, carilah reeki dengan mengharap keredhaan dari Allah. Sentiasalah beringat sesungguhnya Allah melihat setiap perkara yang kita lakukan.

Di dalam surah Al-Nisa: 17-18, Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih".

Demikianlah sedikit bicara buat semua. Rasanya bolehlah kiranya kita bersama2 berusaha untuk ingat mengingati antara satu sama lain. Ingatlah sesungguhnya ajal itu tidak mengira masa, umur atau tempatnya. Maaf dipohan kiranya ada kesilapan dalam penulisan kali ini. Sesungguhnya teguran anda amatlah bermakna buat saya memperbaiki kelemahan diri ini. Yang baik serta buruk itu datangnya dari Allah. sebagai manusia saya turut tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

sekian,

jazakallah.